Sunday, August 28, 2005

apsal gaji tak naik2..

makin hari, semua harga makin mahal..
tak kira la harga apa pon..
tapi apsal gaji tak naik2..

inflasi dah start terasa dah..
subsidi kerajaan terpaksa dikeluarkan untuk kurangkan inflasi..
tapi apsal gaji tak naik2..

harga minyak naik, kerajaan bagi amaran kat peniaga2..
"jgn naikkan harga sesuka hati.."
harga barang naik jugak...
tapi apsal gaji tak naik2..

KDNK negara dikatakan mengalami pertumbuhan positif..
petunjuk bahawa ekonomi semakin bagus..
ekonomi bagus, harga pon mahal..
harga mahal, org malas nak berbelanja, nak kena jimat..
aliran tunai dalam pasaran terbuka pon jadi rendah..
camna nak belanja, nak pusing duit, kalau gaji sikit..
kita dah ada pengalaman tangani inflasi..
kita buat karnival beli-belah-poket..
tapi gaji tak naik2...

bila dah ada tanda2 inflasi..
rakyat digalakkan beli-belah-poket..
tak de tunai pakai kad kredit-dulu-pancung-kemudian..
bila dah kena pancung, nasi sekawah tinggal sepinggan..
sebabnya...
gaji tetap tak naik2...

sambil2 buat jualan mega, rakyat digalakkan menabung..
utk simpanan hari tua mereka-yang-pandai-pusing-duit..
belanja di jualan mega bukan main..
belum sempat simpan gaji dah kering..
mereka-yg-pandai-pusing-duit terpaksa mintak bantuan kerajaan..
last2, duit jualan mega depa sapu, duit rakyat depa sapu..
rakyat jugak yg sakit..
sebab gaji tak naik2..

kerajaan pun buat DEB baru, katanya untuk rakyat..
supaya jurang kaya dan miskin dikurangkan..
tapi org kaya peras tenaga org miskin, bagi gaji skit..
depa plak kaut untung berganda2..
pastu buat bantuan amal utk lari cukai..
nak beramal sgt, naikkan la gaji rakyat..
tapi apsal gaji tak naik2...

apsal gaji tak naik2????
apsal gaji tak naik2????

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home