Thursday, September 22, 2005

apa dah jadi....

hari ni hujan lebat gila, tapi kejap je laa.. dari kelas aku balik umah, terasa jugak ujan renyai-renyai yg dah nak berhenti tuh.. bosannya hari nih..

minggu lepas kecoh pasal mawi sokong PAS sebab nak buat konsert kat Kelantan.. kelakar tgk buletin utama, utusan malaysia, berita harian dan jugak akhbar-akhbar tabloid dok tulis pasal tu.. tergelak gak aku.. kesian mamat tuh, yang nak buat konsert kat Kelantan tu bukan ke Maestro punya kerje ke?? apa laa.. benda kecik camtu pun kecoh satu tanah air.. macam la kes tu besar cam wabak selsema burung kat indonesia tuh.. aku bukan nak sokong sangat mawi tu, tapi ye la kan, dah nama penyanyi, memang la dia akan buat konsert, nak bagi laku album dia.. tiba-tiba pulak putera UMNO panggil mawi ke sidang media untuk buat pengakuan yang dia sokong kerajaan.. apa cerita sebenarnya nih.. apa dah jadi laa ngan orang-orang kita la nih..

dalam hujan yang lebat ni jugak aku terpikir pasal akhbar hari ni.. org ramai di lembah kelang terutamanya, diminta supaya jimatkan air, empangan-empangan di sekitar lembah kelang telah menghampiri takat kritikal yg amat sangat.. tahap kritikal sepatutnya penurunan takat air sehingga 70%, maknanya air yg tinggal hanya 30%. sekarang takat air yg tinggal hanya ada 40% shj.. melampau betul la.. sebab apa boleh jadi camni?? MB selangor kata air terpaksa dipam dari lombong-lombong ke sungai-sungai.. huyooo.. betul-betul kritikal nih.. sebelum ni sebelum perkhidmatan air diswastakan, ada jugak penurunan takat air di lembah kelang, tapi boleh je handle, takkan bila dah swasta jadi tak terkawal kot.. apa dah jadi laaaa...

hmm.. petang-petang camni, hujan plak, sejuk-sejuk plak, memang tak tau nak buat apa.. takkan nak tido kot.. ni yang jadi macam membebel sorang-sorang nih.. aku sebenarnya tengah tension tak leh nak study, tulis je la apa yg terlintas.. malas nak pikir banyak.. apa nak jadi, apa yg sedang terjadi, apa dah jadi, memang aku tak leh buat apa-apa.. leh tulis je la.. agak-agak apa yang boleh kita buat?? menegakkan yang hak, membenteras yg batil.. heheheh.. yg hak pon tak tahu apa dia, yang batil tu tambah-tambah la lagi.. semua macam boleh aje jek skang nih.. macam-macam..

lenkali la sambung.. dah merepek dah nih..

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home