Monday, March 20, 2006

sakit hati..

Semalam aku layan debat perdana kat TV 1. Walaupon aku rasa aku pro kerajaan, tapi sgtlah sakit hati aku melihat program tersebut.

Mengapa sakit hati?? Mana tak sakit, gelagat org gomen atau lebih tepat lagi "penjilat2 bon_ot" tersebut tak langsung menampakkan ketelusan kerajaan dalam memberi peluang kepada pihak2 yang tak pro kepada mereka membentangkan hujah dan pendapat lebih merangkumi kesusahan hidup rakyat. Mereka hanya menegakkan teori2 yang langsung tak matang relatif kepada segala cabaran dan masalah semasa.

Dalam debat@"pentas utk memalukan org yg tak pro gomen" tersebut, daripada 4 org panel, seorang dari pembangkang, seorang aktivis hak asasi manusia, lagi dua org pulak, MP (yang seboleh2 nak ji_at jugak) yg kunun2 bercakap utk majoriti rakyat.

Seperti yg sedia maklum oleh org2 yg berada di atas pagar seperti Pak Kaduk dan Pak Pandir, yg telah dikenali ramai betapa lurus bendulnya mereka berdua itu, pengerusi debat@"pentas utk memalukan org yg tak pro gomen" adalah seorang penji_at ulung. Senyum sinisnya dan gelak gelagatnya yang lawyer cabuk, sungguhlah menyakitkan hati.

Macam ni yg dikatakan, rakyat berminda kelas ketiga??? Memang.. Tepat sekali, apa tidaknya, org macam ni yang dipilih?? Aduuuuuh!!! Org yg hanya tahu buat salah, tak mengaku buat salah, melakukan pelbagai perkara utk membenarkan semua kesalahan yg telah dibuat. Lepas tu "claim" plak mereka sungguh telus. Org buta pekak dan bisu pon boleh bagi tahu apa yg betul apa yg salah.

Aku dah tak mampu nak layan benda2 yg "sangat adil dan telus" seperti itu. Kalau aku mampu, nescaya aku akan GRRRRRR.... geramnya.. geram sebab aku hanya mampu pangkah kertas yg dikawal oleh penji_at2 jugak. Tak lebih dari itu.

Tapi, kerana geram yg amat sangat, maka aku dengan sukacitanya MENDOAKAN kejatuhan org2 yg seperti ini, jatuh yg seteruk2nya, biar mereka rasa apa itu rakyat biasa. Aku masih waras utk doakan kejatuhan saja, kalau ikut hati yg sakit, kemusnahan hidup donia akhirat aku doakan. Tapi Tuhan itu Maha Berkuasa, Dia yg layak menjatuhkan hukuman, dan Dia juga sentiasa memberi peluang kepada hamba2 yg mahu bertaubat.

Walaupun ini hanya luahan rasa geram, dan tak mungkin akan dibaca oleh org lain, tapi ingatlah, sakit hati rakyat kepada pemimpinnya akan sentiasa diterima doa mereka, kerana mereka adalah golongan teraniaya.

Sakit hati lagi nih.. dari semalam sampai hari ini, tak habis2 lagi sakit hati.. CELAKA punya manusia tersebut.. GRRRRRRR....

Labels:

Sunday, March 05, 2006

bukan pasal minyak naik harga...

mesti suma org tgh tension sbb minyak naik harga.. dan pasti jgk semua org nak tulis pasal kejadian diluar dugaan nih..

apa saja laaaaa....

ada org kata sistem kapitalis skarang nih sdg di ambang kemusnahan.. bermakna semua yg berkaitan dgn sistem kapitalis akan turut musnah.. ia termasuklah sistem ekonomi yg diguna pakai skang oleh seluruh dunia, sistem politik (demokrasi) juga diguna pakai oleh hampir semua negara, sistem kekeluargaan (nasab keluarga tak dipedulikan) dan pelbagai lagi aspek kehidupan manusia moden masa kini...

jadi, cerita minyak naik ni sekadar hiasan sampingan ja.. berita utama seolah2 disembunyikan.. apakah berita utama itu??? entah.. dah disembunyikan mana la nak tau..

apa saja isu skang nih, aku tetap tak dapat kerja lagi.. camna laaa nak idop... aku mungkin dapat satu keja nih kat png, tapi aku rasa tak gembira la nak amik job tuh...

aku tak bermaksud nak memilih kerja tapi, aku rasa tak gembira utk terima.. by the way, tatau lagi exactly dapat ke tak, sumber2 dalaman kata aku dah dapat... tgk la, kalau dah official aku dapat, mungkin aku tolak kot.. nak cari keja punya la susah, dah dapat tolak lak kan.. tumbuk kang..

buat la apa yg patut... seeeerrrrrrrr....

Labels: