Friday, September 30, 2005

fotografi... best jugak..

petikan gambar dari ESPN...

perjalanan ke perlis memang memenatkan..

aku pergi perlis indera kayangan minggu lepas. kawan aku yang mintak temankan dia. dia pergi bukan suka-suka, bini dia ada meeting kat alor setar, jadi dia pegi sekali sambil bawak anak-anak dia jalan-jalan. boleh jugak lajak-lajak balik kampung kat arau. aku pulak tak ada aral melintang, aku ikut je laaa... lagipun dah lama aku tak jalan-jalan jauh dengan kereta.

malam jumaat pukul 11.30, gerak dari KL, sampai arau pukul 6.00 pagi. penat gila. sakit belakang tak usah cakap la.. apa yang aku suka sangat ikut sebab aku nak amik gambar guna kamera dia. kamera Nikon SLR kalau tak silap aku. kamera digital. best, amik gambar macam2 jenis, macam2 style. enjoy.

cuba tgk gambar kat atas tu. cantik kan? tapi yang kat atas tu tak sharp gambar dia. kalau edit lagi lawa. bukan senang nak amik gambar camtu. dapat satu shoot yang camtu dah puas hati dah. lagi best kalau gambar tu sharp.

banyak aku belajar teknik amik gambar dari member aku tuh. ok jugak. lepas ni target aku kamera laaa, apa lagi.. siap aku sampai duduk dalam longkang nak amik gambar.. dan yang penting gambar yang aku amik tuh 'not bad' la jugak..

aku rasa aku suka amik gambar mikroskopik. suka amik gambar bunga, serangga, pendek kata benda kecik2 la. abstract pon best jugak, tapi aku tak banyak idea la pasal gambar abstract ni. perlukan sedikit kreativiti. potrait aku tak nah try lagi... aku rasa amik gambar potrait pon 'cool' jugak. gambar pemandangan memang faveret aku... gambar pemandangan yang 'unedited', memang best. kalau timing kena, gambar memang cun habis.

gambar aksi macam gambar owen kat atas tuh best jugak. heheh.. apa yang tak best?? pasal fotografi semuanya best. yang tak best, aku tak der kamera lagi skang ni. mahal sangat. kena plak aku tak keja lagi. aduuuh!!! bila la aku nak habis belajar nih. ketagih aku main kamera.

nanti kalau aku dah dapat satu, aku announcekan aku punya photoblog. jeles aku tgk photoblog mat salleh kat internet. nanti aku akan buat jugak satu.

TUNGGUUUU!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! :D
ww
(",)
//_\\

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home