Monday, January 09, 2006

PS CS2

bermula dari 2 hari lepas sehingga pagi tadi, aku berusaha utk merealisasikan impian aku utk melukis computer mouse menggunakan Photoshop dgn mengikuti langkah2 yg ditunjukkan melalui satu Photoshop tutorial dalam internet. selepas berhempas pulas (aku tak tahu satu apa pon pasal Photoshop), inilah hasil pertama aku... ;)





dan kat bawah ni plak lepas aku try utk kali kedua...

hmmm... hasil yg kurang memberangsangkan sebab aku tak reti wat wayar mouse tuh.. nanti2 la plak.. best2..

kalau sapa2 nak cuba, klik kat sini

;) adios...

Labels:

Monday, October 17, 2005

soltis musim sejuk....

hari ahad, hari favourite semua org kerana hari cuti... pagi2 lagi aku dah terpacak depan TV layan ASTRO.. menarik jugak layan Hallmark Channel.. dari pukul 6 pagi sampai pukul 10 pagi, layan cerita solstice musim salji (winter solstice part 1 & 2...).. cerita berkisar tentang kehidupan di London dan Scotland.. best, drama romantik yang agak slow tapi menarik.. mungkin aku suka slang British kot.. dengar Scottish cakap pon best jugak.. teringat cerita Braveheart lakonan Mel Gibson...

"cerita pasal seorang janda yang balik ke London lepas laki dia mati.. jumpa ngan member lama dia yg sampai ke tua asyik tukar lelaki je.. member dia anak dah dua.. sorang dah besar, sorang remaja, dua2 pompuan.. janda ni balik ke umah lama di country side of england, tak ingat apa nama tempat tuh... jumpa la plak ngan member lama dia, laki, anak pompuan sorang, bini plak gila meroyan..

lelaki tu, nak jadi cerita, anak dan bini dia mati kena hempap pokok masa balik dari konsert di sekolah.. sedih tak ingat laa... pastu dia pon errr...."

malas la nak cerita, tengok sendiri laa... :D
aku cuba cari kat internet cerita nih, nak linkkan preview kat sini, tak jumpa..

sebenarnya apa yg menarik pasal cerita ni, dia ceritakan perbezaan hidup yang ketara antara beberapa budaya dalam komuniti yang serumpum.. england dan scotland, bandar dan kampung.. fokus cerita adalah "love" dan hubungan kekeluargaan walaupon bukan dengan ahli keluarga..

cerita ni juga menekankan tentang perasaan kita yang kadang2 seperti solstis musim sejuk.. solstis musim sejuk akan menyebabkan malam panjang dan siang jadi singkat.. kita pasti akan meratap malam yang panjang tanpa memanfaatkan siang yang pendek.. macam mana hidup nak diteruskan dengan aman kalau asyik ingat masa gelap saja tanpa mempedulikan masa cerah walaupon sekejap???

lebih kurang camtu laaa... walaupon cerita ni kat ASTRO, sapa yg berpeluang atau terjumpa cerita dijual dimana2, try laaa... nanti komen kat sini.. sapa yang suka cerita action, awas.. cerita ni sangat slow..

adios...

Labels:

Friday, September 30, 2005

fotografi... best jugak..

petikan gambar dari ESPN...

perjalanan ke perlis memang memenatkan..

aku pergi perlis indera kayangan minggu lepas. kawan aku yang mintak temankan dia. dia pergi bukan suka-suka, bini dia ada meeting kat alor setar, jadi dia pegi sekali sambil bawak anak-anak dia jalan-jalan. boleh jugak lajak-lajak balik kampung kat arau. aku pulak tak ada aral melintang, aku ikut je laaa... lagipun dah lama aku tak jalan-jalan jauh dengan kereta.

malam jumaat pukul 11.30, gerak dari KL, sampai arau pukul 6.00 pagi. penat gila. sakit belakang tak usah cakap la.. apa yang aku suka sangat ikut sebab aku nak amik gambar guna kamera dia. kamera Nikon SLR kalau tak silap aku. kamera digital. best, amik gambar macam2 jenis, macam2 style. enjoy.

cuba tgk gambar kat atas tu. cantik kan? tapi yang kat atas tu tak sharp gambar dia. kalau edit lagi lawa. bukan senang nak amik gambar camtu. dapat satu shoot yang camtu dah puas hati dah. lagi best kalau gambar tu sharp.

banyak aku belajar teknik amik gambar dari member aku tuh. ok jugak. lepas ni target aku kamera laaa, apa lagi.. siap aku sampai duduk dalam longkang nak amik gambar.. dan yang penting gambar yang aku amik tuh 'not bad' la jugak..

aku rasa aku suka amik gambar mikroskopik. suka amik gambar bunga, serangga, pendek kata benda kecik2 la. abstract pon best jugak, tapi aku tak banyak idea la pasal gambar abstract ni. perlukan sedikit kreativiti. potrait aku tak nah try lagi... aku rasa amik gambar potrait pon 'cool' jugak. gambar pemandangan memang faveret aku... gambar pemandangan yang 'unedited', memang best. kalau timing kena, gambar memang cun habis.

gambar aksi macam gambar owen kat atas tuh best jugak. heheh.. apa yang tak best?? pasal fotografi semuanya best. yang tak best, aku tak der kamera lagi skang ni. mahal sangat. kena plak aku tak keja lagi. aduuuh!!! bila la aku nak habis belajar nih. ketagih aku main kamera.

nanti kalau aku dah dapat satu, aku announcekan aku punya photoblog. jeles aku tgk photoblog mat salleh kat internet. nanti aku akan buat jugak satu.

TUNGGUUUU!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! :D
ww
(",)
//_\\

Labels: