Friday, November 11, 2005

bila terfikir pasal api........

arrrgghh!!! terlambat bangun pulak hari ni...

aku bangun pagi terus menghadap internet. rutin biasa setiap pagi. bosan jugak, tapi lagi bosan kalau internet tak der. selepas seketika, aku pergi sarapan kat kedai member.

"teh ais dengan power dua.." menu aku sejak lepas raya ni. for your information, power merujuk kepada telur separuh masak.

sedang aku termenung sambil hisap rokok lepas makan, aku terpikir pasal serangga dan api.

"tak der benda lain ke nak pikir??".. ye jugak kan. tak de benda lain ke nak pikir. tak kisah la, dah terpikir tu, layan je la kejap.

sebenarnya aku terpikir pasal serangga dan api ni sebab aku teringat org tua2 cakap, "bercinta ni macam bermain dengan api, salah langkah terbakar diri..."

api sifatnya panas tapi bercahaya. dalam erti kata lain, ia nampak menarik dan memberi cahaya yang terang supaya kita tidak bergelap dan kepanasan api digunakan dalam pelbagai aktiviti, memasak dan sebagainya. kalau kita tengok pada kegunaan api, kita memang bermain dengan api sepanjang masa. bila salah langkah, atau disalah guna, api memang membawa bencana, kebakaran, letupan, perang dan sebagainya.

"apa kaitan dengan serangga..??"

masa aku sedang bersarapan, aku ternampak seorang awek lalu. aku terpikir pasal perempuan. perempuan yang lawa, tapi suka menonjolkan diri dengan dandanan rambut, bentuk badan yang seksi, perhiasan yang cantik2, pakaian yang kainnya sejemput, diorang ni macam api ke?? menarik tapi panas.. hehehe.. panas beb, mana boleh tak panas. mata yang tengok pon melekat, ini kan pula hati yang rasa, tak geram ke??..

bila difikirkan balik, tarikan perempuan yang sebegitu, memang umpama api yang menarik perhatian rama2 dan kumbang2 untuk menghampirinya. semuanya tertarik kepada api yang bercahaya dan berkilauan dari jauh. masa tu, panas tu dah tak rasa dah, cantik berkilau punya pasal.. sedar2, sayap dah terbakar.. macam tu saja. api tu pulak, macam tu jugak, tak berubah apa2, lepas tu datang la rama2 atau kumbang2 yang lain..

tidak adil jugak untuk nak mengata kat perempuan saja. lelaki pon boleh jadi api jugak. bukan perempuan saja yang menonjolkan diri, lelaki pon suka menonjolkan diri jugak. mat bangla yang tak tahu asal keturunan pon boleh mengorat anak pak haji, apa yang diorang buat kalau bukan impress awek yang diorang nak tackle tu, kena la jadi panas skit kan.. sama saja lelaki dan perempuan, cara menonjolkan diri saja berbeza.

"tepuk dada tanya iman.." teringat pulak kata2 ustaz aku masa kat sekolah dulu..

ye la kan, betul jugak.. macam mana kalau tepuk2 dada, sekali bukan iman yang jawab.. ahh!! sudah..

macam mana kita nak menjaga diri supaya tak terbakar??? kita ikut peraturan la kan.. dalam kita patuh pada peraturan tu pon, bahang panasnya terasa jugak. kalau kita nak jadi api sekalipon, jangan la sampai membakar orang lain. nak jadi panas pon, panas la pada tempatnya.. kalau salah tempat, bahaya tu akan wujud dengan sendirinya. berhati2 la macam mana pon, kalau salah tempat atau salah guna, tak terbakar banyak, sikit tu akan kena jugak. paling kurang, terbakar hati...

"peraturan apa yang hang cakap ni....??"

peraturan apa?? kalau sebut agama, nanti orang kata, "bab-bab agama kita jangan nak memandai..." cakap macam tu pon memandai??? dah tu nak cakap macam mana lagi...

heheh.. hidup kena banyak berfikir, "fikir banyak2 pon susah jugak.." dah susah, fikir sikit2 sudah.. kan??

Labels:

Thursday, November 10, 2005

perjalanan...

selamat hari raya aidilfitri..

raya tahun nih ok la, nak kata meriah, biasa saja, nak kata tak meriah tak boleh jugak.. raya la katakan.. mana boleh tak meriah..

aku balik kampung seperti juga orang lain. di kampung, menjelang malam saja aku jadi tak tahu nak buat apa.. biasanya malam aku tercangak depan PC atau depan TV.. mati kutu jugak..

bila bosan aku hisap rokok, tapi tak pernah lak merokok depan mak ngan ayah.. segan.. diorang tahu tu aku merokok, saja buat tak tahu, dah tua kan, pepandai laa.. satu hari, sedang aku hisap rokok di depan rumah aku, di tepi jalan (umah aku tepi jalan), aku ternampak seorang brader ni sedang mengayuh basikal.. aku selalu nampak dia berbasikal sejak aku sekolah rendah.. aku rasa dah lebih 15 tahun dah.. dulu dia selalu hantar anak dia pergi sekolah dengan basikal, pastu pergi pasar, pendek kata ke mana saja kat area situ naik basikal, area situ bukan kecik plak tu, luas la jugak.. tapi, takkan sampai sekarang pon masih berbasikal??

2-3 hari kemudian, aku ke pekan berjalan kaki, sebab pekan tu dekat je dgn rumah aku..
pergi ke pekan membeli rokok,
rokok dihisap sepanjang jalan,
nasib baik sepanjang jalan banyak pokok,
tak la panas sangat sebab teduh kan..
heheh.. berpantun pulak.. yang aku nak cakap, masa aku pergi beli rokok tu, aku lalu depan gerai burger.. aku dah tahu dah sapa yang berniaga burger kat situ.. brader tu pun dah lebih 10 tahun berniaga burger kat situ.. sebelum ni dia berniaga air ngan ayah dia.. ada la jugak perubahan kan.. takkan sampai tua dia nak berniaga burger??

aku pikir-pikir balik, ikut diorang la kan.. nak naik basikal seumur hidup ke, nak berniaga burger sampai ke tua ke, masing-masing ada plan masing2.. aku selalu tertanya2, macam mana hidup aku 5 tahun akan datang?? atau 10 tahun akan datang?? adakah hidup aku kekal saja macam sekarang?? atau hidup aku akan porak peranda?? atau aman bahagia??

ada orang kata, masa depan adalah harapan, masa lalu adalah pengajaran, masa sekarang adalah segala-galanya.. hmm.. boleh terima kot kata-kata ni..

harapan aku, masa depan aku aman bahagia.. tak perlu jadi org besar, tak perlu jadi hartawan atau jutawan, tak perlu jadi orang yang dikenali ramai.. sekadar jadi orang yang berkeluarga dan mampu menyara keluarga tanpa berhutang, sudahlah.. kalau anak2 nak belajar tinggi, mampu.. bini aku nak bergaya sesekali, mampu.. aku nak berhobi, mampu.. adik2 nak tumpang senang, mampu.. hantar mak ngan ayah pergi haji, mampu.. aku nak pergi haji bawak anak bini, mampu.. nak pergi berjalan2 bersama keluarga, mampu.. bunyi macam orang kaya je kan.. heheheh...

perjalanan hidup dan mati masih jauh...
mintak2 tuhan izinkan perjalanan yang aku harapkan untuk aku... amin...

Labels: