Friday, October 21, 2005

berkata benar VS hubungan baik...

prof. hamka ada menyebut:

kawan yang sejati adalah kawan berkata benar kepada kamu, dan bukan kawan yang hanya membenarkan kata-katamu....

mendalam sekali maksud kata-kata ini.. ia dipetik daripada tazkirah ramadhan yg disiarkan semalam di TV3 pukul 7.15 lebih kurang masa dok bukak posa...

bila difikirkan balik, apakah yang menjadi keutamaan?? adakah berkata benar atau menjaga hati??

tidak dinafikan, berkata benar adalah keutamaan, tetapi menjaga hubungan yang baik juga perlu diberi perhatian... adakalanya kita perlu berkata benar untuk mengelak daripada sesuatu keadaan daripada menjadi lebih teruk, dan adakalanya kita perlu berkompromi, namun tidak bermakna kita boleh menutup kebenaran.. berkompromi dalam erti kata mencari kaedah yang terbaik untuk menyatakan kebenaran disamping menjaga hati.. itu lebih utama..

kadang-kadang kebenaran tersebut tidak perlu diungkapkan, kerana ia tidak mengubah apa-apa... tidak memberi manfaat, dan tidak juga memberi kesan buruk...

namun begitu, dalam sesetengah hubungan, misalnya suami dan isteri, menyatakan kebenaran itu sangat utama.. kerana perkara pokok dalam hubungan sebegini bukan kebenaran tersebut, tapi sikap sama ada memberitahu atau tidak memberitahu... mana-mana sikap yang kita pilih akan mempengaruhi kepercayaan satu pihak kepda pihak yang satu lagi... dalam keadaan begini adalah menjadi tanggungjawab kepada pihak-pihak terbabit menyatakan kebenaran dengan cara yang terbaik...

kawan, sahabat, teman atau kenalan... semua istilah yang digunakan ini memberi makna berbeza tapi merujuk kepada jenis hubungan yang sama, bermula dari tidak kenal kemudian kenal... semua istilah ini merujuk kepada tahap perkenalan antara dua insan.. semua tahap perkenalan ini memerlukan pendekatan berbeza dalam mengimbangi berkata benar dan menjaga hati...

sikap berkata benar membawa kita kepada saling percaya mempercayai... sikap cuba menyampaikan kebenaran dengan cara yang terbaik pula akan membawa kita kepada saling hormat menghormati...

berkata benar boleh mengurangkan kecelakaan, dan menjaga hati boleh membawa kepada ketenangan... bayangkan jika kita mampu melakukan kedua-duanya, ia akan memberi kita kelegaan...

...berkata benarlah walaupon pahit..- petikan hadis nabi S.A.W

sentiasa berfikir dan bertindak bijak, kerana tindakan yang bijak hanya datang setelah berfikir..








Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home