Friday, September 30, 2005

fotografi... best jugak..

petikan gambar dari ESPN...

perjalanan ke perlis memang memenatkan..

aku pergi perlis indera kayangan minggu lepas. kawan aku yang mintak temankan dia. dia pergi bukan suka-suka, bini dia ada meeting kat alor setar, jadi dia pegi sekali sambil bawak anak-anak dia jalan-jalan. boleh jugak lajak-lajak balik kampung kat arau. aku pulak tak ada aral melintang, aku ikut je laaa... lagipun dah lama aku tak jalan-jalan jauh dengan kereta.

malam jumaat pukul 11.30, gerak dari KL, sampai arau pukul 6.00 pagi. penat gila. sakit belakang tak usah cakap la.. apa yang aku suka sangat ikut sebab aku nak amik gambar guna kamera dia. kamera Nikon SLR kalau tak silap aku. kamera digital. best, amik gambar macam2 jenis, macam2 style. enjoy.

cuba tgk gambar kat atas tu. cantik kan? tapi yang kat atas tu tak sharp gambar dia. kalau edit lagi lawa. bukan senang nak amik gambar camtu. dapat satu shoot yang camtu dah puas hati dah. lagi best kalau gambar tu sharp.

banyak aku belajar teknik amik gambar dari member aku tuh. ok jugak. lepas ni target aku kamera laaa, apa lagi.. siap aku sampai duduk dalam longkang nak amik gambar.. dan yang penting gambar yang aku amik tuh 'not bad' la jugak..

aku rasa aku suka amik gambar mikroskopik. suka amik gambar bunga, serangga, pendek kata benda kecik2 la. abstract pon best jugak, tapi aku tak banyak idea la pasal gambar abstract ni. perlukan sedikit kreativiti. potrait aku tak nah try lagi... aku rasa amik gambar potrait pon 'cool' jugak. gambar pemandangan memang faveret aku... gambar pemandangan yang 'unedited', memang best. kalau timing kena, gambar memang cun habis.

gambar aksi macam gambar owen kat atas tuh best jugak. heheh.. apa yang tak best?? pasal fotografi semuanya best. yang tak best, aku tak der kamera lagi skang ni. mahal sangat. kena plak aku tak keja lagi. aduuuh!!! bila la aku nak habis belajar nih. ketagih aku main kamera.

nanti kalau aku dah dapat satu, aku announcekan aku punya photoblog. jeles aku tgk photoblog mat salleh kat internet. nanti aku akan buat jugak satu.

TUNGGUUUU!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! :D
ww
(",)
//_\\

Labels:

Thursday, September 22, 2005

apa dah jadi....

hari ni hujan lebat gila, tapi kejap je laa.. dari kelas aku balik umah, terasa jugak ujan renyai-renyai yg dah nak berhenti tuh.. bosannya hari nih..

minggu lepas kecoh pasal mawi sokong PAS sebab nak buat konsert kat Kelantan.. kelakar tgk buletin utama, utusan malaysia, berita harian dan jugak akhbar-akhbar tabloid dok tulis pasal tu.. tergelak gak aku.. kesian mamat tuh, yang nak buat konsert kat Kelantan tu bukan ke Maestro punya kerje ke?? apa laa.. benda kecik camtu pun kecoh satu tanah air.. macam la kes tu besar cam wabak selsema burung kat indonesia tuh.. aku bukan nak sokong sangat mawi tu, tapi ye la kan, dah nama penyanyi, memang la dia akan buat konsert, nak bagi laku album dia.. tiba-tiba pulak putera UMNO panggil mawi ke sidang media untuk buat pengakuan yang dia sokong kerajaan.. apa cerita sebenarnya nih.. apa dah jadi laa ngan orang-orang kita la nih..

dalam hujan yang lebat ni jugak aku terpikir pasal akhbar hari ni.. org ramai di lembah kelang terutamanya, diminta supaya jimatkan air, empangan-empangan di sekitar lembah kelang telah menghampiri takat kritikal yg amat sangat.. tahap kritikal sepatutnya penurunan takat air sehingga 70%, maknanya air yg tinggal hanya 30%. sekarang takat air yg tinggal hanya ada 40% shj.. melampau betul la.. sebab apa boleh jadi camni?? MB selangor kata air terpaksa dipam dari lombong-lombong ke sungai-sungai.. huyooo.. betul-betul kritikal nih.. sebelum ni sebelum perkhidmatan air diswastakan, ada jugak penurunan takat air di lembah kelang, tapi boleh je handle, takkan bila dah swasta jadi tak terkawal kot.. apa dah jadi laaaa...

hmm.. petang-petang camni, hujan plak, sejuk-sejuk plak, memang tak tau nak buat apa.. takkan nak tido kot.. ni yang jadi macam membebel sorang-sorang nih.. aku sebenarnya tengah tension tak leh nak study, tulis je la apa yg terlintas.. malas nak pikir banyak.. apa nak jadi, apa yg sedang terjadi, apa dah jadi, memang aku tak leh buat apa-apa.. leh tulis je la.. agak-agak apa yang boleh kita buat?? menegakkan yang hak, membenteras yg batil.. heheheh.. yg hak pon tak tahu apa dia, yang batil tu tambah-tambah la lagi.. semua macam boleh aje jek skang nih.. macam-macam..

lenkali la sambung.. dah merepek dah nih..

Labels:

Monday, September 05, 2005

adoii...!!

tertekan tul la aku rasa 4-5 hari nih.. apsal leh jadi camni ek?? bila org nak kita wat benda yg kita tak suka, macam ni la jadinya.. aku cuba nak enjoy jek ngan apa pon walaupon aku tak suka, tapi tak mampu laaa... adooii!!

duit???
ni pon satu masalah jugak.. tambah2 kalau duit tuh dtg dari org lain.. nak mintak, ish.. satu hal jugak.. tak mintak, masalah jugak.. adoii..

mid term test..?? assignment?? course work?? class??? ni satu lagi.. apa la depa dok suruh aku belajar tak henti2?? penat dah aku ngan benda2 nih.. tapi mmg enjoy laa.. cuma masalahnya benda nih tak de gaji.. cuba belajar ada gaji, bapak segala best laa.. tapi tu laaa... belajar mmg enjoy, duit lak tak de... adooiii...!!

aku harap2 lepas aku tulis nih, kurang skit tension aku nih.. eerrr.. masalah awek patut jadi satu tekanan ke??? aku harap awek sebagai org yg bila aku tertekan, dia semudah menarik nafas saja melegakan tekanan tersebut.. mintak2 la jgn ada masalah.. leceh la masalah awek2 nih...

fuuuuhhhh!!!!

tuhan maha kaya, maha pemurah, maha pemberi rezeki, ya rabbi, berikan lah aku kelapangan dada terhadap apa jua yang berlaku, kerana semua yang berlaku adalah kehendakMu, aku hanya membuat pilihan, dan aku hanya makhlukMu yang lemah.. ya rabbi, bimbinglah hati dan akalku ke arahMu, ya Allahurabbi... amin...

Labels: