Friday, October 21, 2005

berkata benar VS hubungan baik...

prof. hamka ada menyebut:

kawan yang sejati adalah kawan berkata benar kepada kamu, dan bukan kawan yang hanya membenarkan kata-katamu....

mendalam sekali maksud kata-kata ini.. ia dipetik daripada tazkirah ramadhan yg disiarkan semalam di TV3 pukul 7.15 lebih kurang masa dok bukak posa...

bila difikirkan balik, apakah yang menjadi keutamaan?? adakah berkata benar atau menjaga hati??

tidak dinafikan, berkata benar adalah keutamaan, tetapi menjaga hubungan yang baik juga perlu diberi perhatian... adakalanya kita perlu berkata benar untuk mengelak daripada sesuatu keadaan daripada menjadi lebih teruk, dan adakalanya kita perlu berkompromi, namun tidak bermakna kita boleh menutup kebenaran.. berkompromi dalam erti kata mencari kaedah yang terbaik untuk menyatakan kebenaran disamping menjaga hati.. itu lebih utama..

kadang-kadang kebenaran tersebut tidak perlu diungkapkan, kerana ia tidak mengubah apa-apa... tidak memberi manfaat, dan tidak juga memberi kesan buruk...

namun begitu, dalam sesetengah hubungan, misalnya suami dan isteri, menyatakan kebenaran itu sangat utama.. kerana perkara pokok dalam hubungan sebegini bukan kebenaran tersebut, tapi sikap sama ada memberitahu atau tidak memberitahu... mana-mana sikap yang kita pilih akan mempengaruhi kepercayaan satu pihak kepda pihak yang satu lagi... dalam keadaan begini adalah menjadi tanggungjawab kepada pihak-pihak terbabit menyatakan kebenaran dengan cara yang terbaik...

kawan, sahabat, teman atau kenalan... semua istilah yang digunakan ini memberi makna berbeza tapi merujuk kepada jenis hubungan yang sama, bermula dari tidak kenal kemudian kenal... semua istilah ini merujuk kepada tahap perkenalan antara dua insan.. semua tahap perkenalan ini memerlukan pendekatan berbeza dalam mengimbangi berkata benar dan menjaga hati...

sikap berkata benar membawa kita kepada saling percaya mempercayai... sikap cuba menyampaikan kebenaran dengan cara yang terbaik pula akan membawa kita kepada saling hormat menghormati...

berkata benar boleh mengurangkan kecelakaan, dan menjaga hati boleh membawa kepada ketenangan... bayangkan jika kita mampu melakukan kedua-duanya, ia akan memberi kita kelegaan...

...berkata benarlah walaupon pahit..- petikan hadis nabi S.A.W

sentiasa berfikir dan bertindak bijak, kerana tindakan yang bijak hanya datang setelah berfikir..








Labels:

Monday, October 17, 2005

soltis musim sejuk....

hari ahad, hari favourite semua org kerana hari cuti... pagi2 lagi aku dah terpacak depan TV layan ASTRO.. menarik jugak layan Hallmark Channel.. dari pukul 6 pagi sampai pukul 10 pagi, layan cerita solstice musim salji (winter solstice part 1 & 2...).. cerita berkisar tentang kehidupan di London dan Scotland.. best, drama romantik yang agak slow tapi menarik.. mungkin aku suka slang British kot.. dengar Scottish cakap pon best jugak.. teringat cerita Braveheart lakonan Mel Gibson...

"cerita pasal seorang janda yang balik ke London lepas laki dia mati.. jumpa ngan member lama dia yg sampai ke tua asyik tukar lelaki je.. member dia anak dah dua.. sorang dah besar, sorang remaja, dua2 pompuan.. janda ni balik ke umah lama di country side of england, tak ingat apa nama tempat tuh... jumpa la plak ngan member lama dia, laki, anak pompuan sorang, bini plak gila meroyan..

lelaki tu, nak jadi cerita, anak dan bini dia mati kena hempap pokok masa balik dari konsert di sekolah.. sedih tak ingat laa... pastu dia pon errr...."

malas la nak cerita, tengok sendiri laa... :D
aku cuba cari kat internet cerita nih, nak linkkan preview kat sini, tak jumpa..

sebenarnya apa yg menarik pasal cerita ni, dia ceritakan perbezaan hidup yang ketara antara beberapa budaya dalam komuniti yang serumpum.. england dan scotland, bandar dan kampung.. fokus cerita adalah "love" dan hubungan kekeluargaan walaupon bukan dengan ahli keluarga..

cerita ni juga menekankan tentang perasaan kita yang kadang2 seperti solstis musim sejuk.. solstis musim sejuk akan menyebabkan malam panjang dan siang jadi singkat.. kita pasti akan meratap malam yang panjang tanpa memanfaatkan siang yang pendek.. macam mana hidup nak diteruskan dengan aman kalau asyik ingat masa gelap saja tanpa mempedulikan masa cerah walaupon sekejap???

lebih kurang camtu laaa... walaupon cerita ni kat ASTRO, sapa yg berpeluang atau terjumpa cerita dijual dimana2, try laaa... nanti komen kat sini.. sapa yang suka cerita action, awas.. cerita ni sangat slow..

adios...

Labels:

Saturday, October 15, 2005

mengapa merungut...

aku pergi proton edar, member aku nak tukar bateri sebab bateri dah teruk.. keta tak leh start.. tak sampai setahun pon keta dia.. tapi ada ka patut, pasal bateri je pon, kena tinggal keta tu dulu, esok isnin baru amik... huh!! bengang aku tadi.. apa punya pusat servis.. bukan suruh buat benda yg susah2, pasang turbo ka, baiki air cond ka, suruh check bateri je pon.. dah la bateri tu tak sampai setahun..

pastu bila org kata proton ni teruk, tak amik berat kehendak pelanggan, mula la timbulkan masalah2 lain.. AP laa, org tak suka keta malaysia la.. member aku tanya camna, aku ckp lain kali je laaa datang, nak check bateri pon kena appointment, apa ingat nak jumpa perdana menteri ka?? bukannya nak check dulu tgk apa masalahnya sebelum nak suruh buat appointment tu..

keta tu kalau class tu ok jugak.. ni dah la keta pon asyik2 rosak, QC hancur, servis pon tak leh harap.. adoii.. ni la jadi kalau tau nak untung ja.. ujung tahun bukan main tonjolkan keuntungan proton.. pi gi daaah....

memang aku panas hati kalau camtu keadaannya.. masa nak jual, manis mulut macam2.. bila dah jual, hampeh punya perangai.. servis hancuss.. pastu bila org bagi AP, diorang kecoh plak, keta proton tak leh nak jual.. camna nak jual kalau kualiti camtu??? servis tak yah cakap laa... keta AP tu plak leh jual lagi murah banding proton.. cuba la kalau proton compete betul2 ngan keta2 luar, tak leh ke???? sekurang2nya kurangkan laa masalah2 yg leceh2 tu, macam bateri, pintu, tingkap, lampu, radio, wiring dalam kereta.. apa laaa... masalah2 tuh tak patut timbul utk keta baru, tu pon akai tadak ka?? kata engineer ramai.. guna la betul2..

huish.. panas hati dah nih.. nasib baik posa.. hehehe.. yg best lagi, bukan keta aku pon, member aku punya keta.. hehehe.. tak kisah laaa.. sebab aku dah ikut sama, kalau kena balik naik teksi mmg aku maki.. bukan tak suka naik teksi, sebab tak perlu pon, dia boleh saja tgk apa masalahnya on the spot, pastu decide la kan, nak kena tinggal ke tak yah.. ni tgk pon tak.. geramnyaaaa...

sabar2.. lain kali la plak.. tgh panas nih..

Labels:

Wednesday, October 12, 2005

hidup macam tayar kereta..


kadang2 kita dok atas, kadang2 kita dok bawah.. ikut pusingan.. macam tayar kereta.. masa kat atas pon tayar kereta, masa kat bawah pon tayar kereta jugak.. sama saja sebenarnya..

masa kita senang pon kita manusia, masa kita susah pon kita tetap manusia.. tetapi kadang2 tu nasib tak menyebelahi kita.. kadang2 dok atas lagi susah dari dok bawah.. dan selalunya dok bawah lagi susah dari dok atas.. namun kita tetap org yang sama..

bila kita kat bawah, kita selalu sedar diri kita.. tapi bila kita naik atas, kita selalu lupa diri kita.. apa la sangat kat mana kita berada, ia tak mengubah kita menjadi malaikat atau jin.. kita tetap akan jadi manusia yang serba kekurangan....

tayar kereta pon, semasa ia berpusing, ada masa yg kat bawah tu akan masuk lubang, jalan tak elok, kadang2 ok saja.. yang kat atas pulak belum apa2 dah kena turun bawah.. kalau tak macam tu, kitaran semulajadi sebagai tayar tak berjalan laa.. bila tak jalan, apa la guna tayar tu utk yg menggunakannya..

macam tu jugak hidup kita.. apa yg tuhan bagi adalah apa yg kita perlu pada masa itu.. apa saja yg jadi, perkara terbaik yg boleh kita buat adalah menerima nasib kita seadanya.. redha dgn apa yg berlaku.. memang setiap masa kita akan berusaha untuk menjadi lebih baik.. tapi kita harus ingat, apa sahaja yg berlaku di alam ini ditentukan oleh Penciptanya.. Maha Pencipta akan jadikan apa sahaja untuk kebaikan semua ciptaanNya..

adios... jumpa lagi..

Labels: